Tuesday, 16 December 2014

Spaghetti Goreng Daging Cili Padi


Spaghetti Goreng Daging Cili Padi



N3 kali ini...aku nak share resepi Spagetti Goreng Daging Cili Padi..untuk resepi asal ni...aku xde link...resepi ni sama macam buat Spagetti Olio...aku dapat resepi ni dr hubby aku...coz dulu dia penah keja Dome...dan aku pun suka sangat mkn Spagetti Olio masa dia keje Dome dulu...resepi ni aku dah olah sikit...pic xde..sbb aku dah buat Spagetti ni dah bape ari dah...tu pun memikirkan daging korban yang mak aku kirim masa aku blk Kedah ari tu sempena Raya Haji masih ada lagi...aku pun buat la...bahan2 pun simple jer...



Bahan2

1 peket spagetti 
200 gm daging (aku main letak je ari tu so aku x sure byk mana)
2 ulas bawang putih (dicincang kasar)
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2)
1 biji lobak merah (dipotong panjang)
kiub pati ikan bilis @ 1 sdk serbuk pati ikan bilis
sedikit chili flakes
garam


Cara-cara


1.Rebus spagetti terlebih dahulu.
2.Panaskan minyak dan tumis bawang putih dan cili padi hingga naik bau.
3.Kemudian masukkan daging,goreng sehingga empuk.
4.Setelah empuk, masukkan kiub ikan bilis yang dibancuh dengan air, chili flakes dan lobak merah.Kacau sebati.Masukkan garam sedikit sahaja,sbb kiub ikan bilis dah masin.
5.Akhir sekali, masukkan spageti, kacau sehingga sebati,dan boleh tutupkan api.


p/s:klu guna serbuk ikan bilis,tak perlu campur air.



No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sila tinggalkan komen anda


Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog Saya...