Tuesday, 16 December 2014

Cucur Goreng Seaweed



Cucur Goreng Seaweed


Aku ni dalam proses nak menghabiskan brg2 dapur, N3 aku sblm ni pun aku ada citer pasal aku nak pindah rumah, jd brg2 kat dapur n fridge aku kena habiskan supaya x rosak n membazir. Idea aku nak buat cucur goreng seaweed ni terlintas pas aku bgn tido. Bangun je tido, terpikir nk masak apa, memorize blk brg apa yg ada kat dapur, ada tu,ada ni...bla...bla...bla...so nk dikatakan resepi ni aku hentam saja, apa yg terlintas kat otak aku, tu yg aku buat. Kat bawah ni aku share resepi cucur goreng seaweed hentam kromo aku...heehehehe...


aku goreng guna pan n minyak cukup2 jer,sbb tu nmpak leper, kuali semua dah packing

Bahan-bahan

1 cwn tepung gandum (ini potion utk 2 org mkn,klu utk family, blh la tmbh lagi)
1 biji telur
*2 biji cili padi
*1 biji bawang besar (en suami suka bawang,sbb tu taruk sebiji)
Seaweed (balance aku buat takoyaki, kisar kasar, nak koyakkan kecik2 pun boleh,tp aku mls,hehehe)
*sedikit chili flakes (optional)
fish flakes (optional)
*kiub pati ikan bilis (optional/dihancurkan)
1/2 cwn air panas utk membancuh tepung
sedikit garam (aku guna serbuk perasa maggi)


Cara-Cara
  1. Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam tepung, gaul sebati.
  2. Kemudian masukkan air panas dan telur, kacau sebati.
  3. Last sekali masukkan garam,seaweed dan fish flakes, dan kacau gitu2 jer kasi sebati. Kalau adunan terlalu pekat, boleh masukkan air sedikit demi sedikit bergantung kepada adunan kita.
  4. Panaskan minyak, dan boleh la mula menggoreng. Nak guna sudu boleh, guna tangan pun boleh, tapi aku lagi suka guna tangan.

Bila dah masak, boleh la masuk ke perut,hehehehe.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sila tinggalkan komen anda


Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog Saya...