Tuesday, 16 December 2014

Spaghetti Goreng Black Pepper


Spaghetti Goreng Black Pepper


Kali ni aku nak share resepi Pasta goreng blackpepper. Actually resepi asal ni dr resepi Roti Lapis Daging Berkeju Wanie.Jadi aku dah olah,aku buat goreng pulak, tengah mengadap pc,tetiba plak lapar, check dalam fridge, x byk yg ada,sbbnya aku dan suami stop beli brg sbb nnt kami nk pindah,so beli brg yg perlu saja, jd fridge tu kosong je, xbyk brg, kang beli nnt x terguna pulak, lagipun kami jrg makan, masak pun selalu ala kadar jer, n aku pun slalu sorg je kat umah, en suami mlm br blk, kdg2 nk msk tu jd mls, yelah nnt sorg2 mkn,bosan pulak, lain la klu dh ada anak, tp belum rezeki kami lg,wpun dah 3 tahun kawen.So sambung blk, aku check dlm fridge, yg ada minced meat, sausage, slice cheese, pastu ada carrot,cili padi,cili merah,serai, halia,lengkuas,kunyit hidup,mee basah, n aku check brg kering, ada bwg putih,bwg besar, pasta, ada serbuk blackpepper maggi,cendawan shitake. Erm..actually, brg2 tu semua ada pun pas project aku buat roti lapis daging berkeju, bdk2 kat tpt keje suami aku tya bila dia nk bwk lg.Seriously, aku klu masak, memang jarang aku mkn, slalunya aku suruh en suami bw ke tpt keje dia. Sbb klu x bwk,mmg dok la mknan tu dlm peti ais, aku pasti, mesti ada kat luar sana, perangai lebih kurang cam aku, suka masak, tp x mkn. :).

          So, dah check semua brg,nk buat roti lapis, roti lak xde, so aku terpandang pasta. Terlintas nk buat goreng, aku tengok dlm fridge ada mee, erm, di sbbkan xnk membazir, aku guna mee, lgpun pasta brg kering, jd x rosak, mee ni pun sbb adik ipar aku kasi, coz br2 ni dia buat open house utk family, byk mee, so bahagikan ngn akak ipar aku, mee tu pun dah 3 ari dalm peti ais tu, hehehehe...So apa lagi, terus aku proses nk buat goreng.





Bahan-Bahan

1 peket spagetti (direbus terlebih dahulu)
250gm daging cincang
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
10 biji cili padi (ikut kepedasan masing2/optional)
2 biji cili merah
1 biji carot
1 peket cendawan shitake (boleh beli di giant @tesco/direndam dgn air panas utk bg lembut)
1 peket serbuk blackpepper Maggi (x kisah guna brand apa)
1 sdk serbuk perasa Maggi
sedikit air

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, dan tumis bawang putih, bwg besar, cili padi dan cili merah hingga bau harum.
  2. Masukkan daging cincang dan masak sehingga empuk. Kemudian boleh masukkan carrot dan cendawan shitake.Gaulkan sebati.
  3. Masukkan perencah blackpepper dan sedikit air dan kacau rata. Masak dalam beberapa minit.
  4. Last sekali, boleh masukkan pasta, dan kacau sebati. Agak dah sebati boleh tutupkan api.

p/s:klu tgk pic aku, yg aku goreng tu mee, bukan pasta, sbbnya aku nak abiskan stok mee dlm fridge.

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum & Salam Sejahtera
Sila tinggalkan komen anda


Terima Kasih Kerana Sudi Melawat Blog Saya...